Subjek Sejarah bakal dirombak

0 Comments »

BATU PAHAT 14 April - Pendekatan pengajaran mata pelajaran sejarah bagi sekolah rendah dan menengah yang kini berasaskan peperiksaan mungkin dirombak supaya berbentuk penghayatan di kalangan para pelajar.

Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, pendekatan sedia ada kurang berkesan untuk melahirkan generasi muda yang bersemangat patriotik dan cintakan negara.

Menurutnya, pembelajaran Sejarah seharusnya lebih tertumpu kepada usaha menanam kefahaman terhadap pelbagai aspek sejarah dan bukan semata-mata berasaskan peperiksaan.

''Maka dengan ini barulah mata pelajaran itu dapat difahami dan dihayati sehingga melahirkan semangat juang di kalangan anak-anak," katanya.

Beliau berkata demikian selepas majlis kesyukuran sempena kejayaannya dipilih ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO dan pelantikannya sebagai Timbalan Menteri Pelajaran anjuran UMNO Bahagian Batu Pahat di sini malam tadi.

Lebih 2,000 orang termasuk isteri Mohd. Puad, Dr. Rubiah Leman dan para pemimpin parti komponen Barisan Nasional (BN) hadir pada majlis tersebut.

Mohd. Puad yang juga Ketua UMNO Bahagian Batu Pahat berkata, perkara tersebut akan dibawa pada mesyuarat jawatankuasa Kabinet akan datang untuk dibincangkan.

''Oleh kerana perkara ini penting, maka sebelum itu saya akan berbincang terlebih dahulu dengan Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin," katanya.

Beliau berkata, mata pelajaran sejarah penting dipelajari semua pelajar dari tahun 1 hingga tingkatan enam bagi melahirkan generasi yang memiliki jati diri dan cintakan negara.

Terdahulu ketika berucap, beliau menggesa ahli-ahli UMNO agar memberikan kerjasama sepenuhnya kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam melahirkan konsep Satu Malaysia.

''Konsep ini mempunyai matlamat yang cukup besar dalam membela nasib rakyat," katanya.

Mohd. Puad juga berikrar untuk memikul segala tanggungjawab dan amanah yang diberikan ekoran pelantikannya sebagai Timbalan Menteri Pelajaran yang baru.

*petikan daripada utusan malaysia

4/20/2009 08:37:00 PTG

PC Fair 2009

0 Comments »
3 - 5 April 2009 (11:00am - 9:00pm)
Stadium Indera Mulia, Ipoh, Perak
4/03/2009 10:48:00 PG

Selamat Datang Pengetua Baru SYS

0 Comments »
2/13/2009 08:52:00 PTG

Gambar Kelas

0 Comments »
2/13/2009 08:14:00 PTG

Package formatting...

0 Comments »


Terma dan syarat :
1. Kami tidak bertanggungjawab mengambil komputer anda dari rumah anda. Tetapi anda hanya perlu menghantar komputer anda ke alamat di yang tertera di bawah ini:
no 18, laluan batu gajah perdana 3,
Taman Batu Gajah Perdana,
31550 Pusing, Perak..
2. Segala kerosakan yang tidak boleh diformat, kami tidak akan bertanggungjawab di atas kerosakan itu.
3. Komputer anda akan siap selepas 2 hari. Driver akan diinstall oleh kami.
4. Bayaran hendaklah dibayar sebelum anda mengambil komputer.
5. Bayaran adalah tunai dan bukan melalui kad kredit.
6. Sila tinggalkan nama dan nombor telefon sebelum menghantar komputer anda.
7. Wang deposit akan diambil sebanyak RM 10 ringgit.

!!! Hadiah istimewa !!!
Khas untuk pelanggan kami. Hadiah ini adalah percuma. Caranya anda hanya perlu memilih 3 software daripada senarai di bawah ini.
1. microsoft office 2003
2. avira anti-virus
3. yahoo massenger v9.0
4. skype v4.0.0.161
5. Ahead Nero v8.1.1.4 Ultra Edition (burning software)
6. Winrar v4.65
7. Picasa v3.0
8. Cyberlink powerdvd
9. windows media player v.11
10. mozilla firefox v.30.1
11. need for speed undercover
12. counter strike condition zero
2/04/2009 08:50:00 PTG

Senarai nama baru kelas 5ST2

0 Comments »
http://www.easy-share.com/1903481505/Senarai_nama_baru.doc
(klik utk download)
2/02/2009 09:33:00 PTG

Jadual baru 5ST2 2009

0 Comments »

Click here to download this timetable
2/02/2009 02:40:00 PTG

Gong Xi Fa Cai

0 Comments »

Pelajar kelas 5ST2 mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru Cina kepada semua guru-guru cina dan pelajar cina, dan kami mengucapkan selamat bercuti kepada semua guru-guru dan rakan-rakan.. Jgn luper buat kerja sekolah yee....
1/25/2009 08:48:00 PTG

Lawatan ke Kolej Komuniti Pasir Salak..

0 Comments »

Tarikh : 12 Febuari 2009
Hari : Khamis
Tempat : Kolej Komuniti Pasir Salak
Masa : 7.30 Pagi - 3.00 Petang
Bayaran : RM 5/=
Objektif : Membuka minat pelajar kelas ST bagi memilih kos yang terdapat di Kolej Komuniti.
Bayaran terakhir diterima pada 22 Januari 2009 hari Khamis. Harap Maklum.
1/21/2009 02:09:00 PTG

Jadilah member di blog ini...

0 Comments »

Mengapa anda perlu menjadi member di blog ini??
Anda akan dapat mengetahui update post terbaru tanpa melihat blog ini. Setelah anda menjadi member di blog ini, segala post akan keluar di dashboard blogger anda...
Bagaimanakah caranya untuk menjadi member atau pengikut?
Senang sahaja... anda hanya perlu mengklik uruskan sahaja.. Selepas itu klik pada public.. Sekian terima kasih. Sebarang pertanyaan tentang member ini, sila komen di ruang komen di blog ini.
1/13/2009 10:32:00 PTG

Duit kelas..

0 Comments »
Sila jelas kan duit kelas seminggu RM1.50 setiap minggu bagi melicin kan urusan keceriaan kelas. Sesiapa yang tidak membayar duit kelas ini, duit itu akan dicampurkan bersama duit kelas minggu hadapan. Sebarang masalah tentang duit kelas sila komen di sini..
1/13/2009 10:24:00 PTG

Design baju kelas (di hadapan telah siap)

0 Comments »
1/11/2009 09:43:00 PG

Selamat datang ke blog rasmi 5ST2

0 Comments »
Selamat datang kepada semua pengunjung blog 5ST2. Kelas ini aktif dalam bidang ict. Kelas ini juga mempunyai kerjasama antara satu pelajar dengan pelajar yang lain di dalam kelas. Kami juga memberi sepenuh tumpuan semasa guru mengajar dan kami focus kepada cita-cita, janji dan prinsip kami. Sekian wassalam.
1/05/2009 11:38:00 PTG